AL-HABBATUS SAUDA' (Nigella Sativa)

Al-Habbatus
Sauda' atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan sejenis tumbuhan
seperti rumput kecil dengan ketinggian 20-40cm. Mengeluarkan bunga yang
berwarna biru muda atau putih dan terdapat didalamnya biji habbatus sauda'
bersaiz kecil berwarna hitam atau kelabu kehitaman.Tumbuhan ini banyak di
dapati di kawasan mediterranean, afrika, asia, dan di kawasan beriklim gurun
seperti Mesir, Syria, India dan Turki.

KANDUNGAN KIMIA
Hasil kajian menunjukan al habbatus sauda' mengandungi lebih daripada 100
bahan kimia seperti minyak meruap,minyak tepu(fixed oil),seperti
thymoquinone,p-cymene, asid linoleic(omega-6),asid linolenic (omega-3), asid
oleic,asid palmitic, alkaloids, saponin, bahan galian. polisakarida, asid
amino dan lain-lain.
KHASIAT AL HABBATUS SAUDA'
Al-Habbatus Sauda' secara tradisional telah digunakan untuk mengatasi banyak
jenis penyakit seperti :
-
Menghasilkan kulit muka yang cerah,
-
Menghilangkan jerawat,
-
Keguguran rambut,
-
Membantu merawat batuk yang kronik,
-
Asma,
-
Kencing manis,
-
Tekanan darah tinggi,
-
Mengurangkan kolestrol,
-
Merawat batu karang,
-
Masalah sukar untuk tidur,
-
Sakit sakit otot dan sendi,
-
Masalah perut,
-
Rasa loya
-
Muntah
-
Sakit senggugut
-
Haid
-
Menambah susu badan,
-
Pengaliran air liur,
-
Merangsang tenaga batin,
-
Membantu pemulihan kepenatan,
-
Sakit gigi,
-
Alahan dan gatal-gatal,
-
Cacing,
-
Buasir,
-
Gout,
-
Sakit jantung dan darah gemuruh,
-
Resdung,
-
Selsema,
-
Masalah kemandulan,
-
Gastrik
-
Buah pinggang, dan lain-lain
KAJIAN SAINS TERHADAP AL HABBATUS SAUDA'
Sains moden telah membantu ramai ahli sains dan penyelidik di seluruh dunia
untuk mengkaji minyak dan ekstrak al habbatus sauda'.Hasilnya membuktikan
bahawa al habbatus sauda' mujarab untuk banyak penyakit seperti meningkatkan
daya tahan penyakit(menahan kedatangan penyakit),menurun kadar gula(kencing
manis),menghindar kanser dan berbagai penyakit lagi.
Sebagai contoh bahan thymoquinone boleh merencat sel-sel kanser.Asid
linoleic dan asid oleic pula boleh membantu mengurangkan kandungan kolestrol
dalam darah,sebab utama kepada penyakit darah tinggi,lemah jantung dan
beberapa penyakit kronik yang lain.
Kandungan minyak di dalam al habbatus sauda' boleh memberikan kesan
antioksida,antibakteria,antiradang dan sitostatik(antikanser).
Disebabkan kandungan bahan kimia di dalam al habbatus sauda' yang banyak ,membolehkan
ia menghalang atau mengatasi berbagai-bagai jenis penyakit tanpa kesan
sampingan.
MINYAK AL HABBATUS SAUDA' KELUARAN AL BALADUL AMIN TRADING
Minyak al habbatus sauda' keluaran syarikat ini di proses menggunakan
teknologi perahan dengan suhu yang rendah(cold press) tidak menjejaskan
kandungan asal minyak,seratus peratus asli. Di antara kandungan bahan kimia
aktif -minyak meruap:cymene 42.48%(menghindarkan penyakit saraf seperti
sengal-sengal tulang).Thymoquinone-21.49%(untuk mengurangkan kanser).Minyak
tidak meruap:asid linoleic(omega 6)-55.9%,asid oleic-21.7%(kedua dua bahan
ini mengurangkan kolestrol dalam darah dan kolestrol yang mengelilingi
jantung,dengan ini menjauhkan seseorang dari serangan jantung,lumpuh dan
darah tinggi.
PENYAHTOKSIKAN (ANTIOKSIDAN)-MEMBUANG KERACUNAN DALAM BADAN
Badan kita perlu dibersihkan dari masa kesemasa untuk ia berfungsi dengan
baik.
Penyahtoksikan merupakan satu proses metabolic didalam badan untuk
menukarkan bahan-bahan beracun atau TOKSIK menjadi bahan kumuhan.(buang air
kecil,buang air besar dan peloh) Bahan-bahan TOKSIK yang menyerap masuk
dalam badan dan juga hasil metabolisma(proses kimia dalam badan dan
pembinaan sel-sel baru)akan berkumpul didalam badan dan boleh menyebabkan
pelbagai jenis penyakit seperti keletihan, stress, sengal-sengal badan,
kembung perut membawa kepada penyakit yang lebih kronik lagi seperti kencing
manis, darah tinggi, lemah jantung, barah dan lain-lain lagi.Berbagai-bagai
jenis makanan tambahan terdapat dipasaran, sebagai contoh pengambilan minyak
Habbatus sauda sama ada berasing atau campuran dengan makanan lain boleh
membantu usaha penyahtokiskan.Hasil kajian dimakmal menunjukan minyak
Habbatus sauda keluaran (Al Baladul Amin Trading )mengandungi nilai ujian
SOD(superoxide Scavenging) sebanyak 98.82% dan DPPH Radical Scavenging
sebanyak 99.82%. Kedua-dua ujian makmal tersebut menunjukan minyak Habbtus
sauda keluaran (Al Baladul Amin Trading) boleh membantu untuk
penyaahtoksikan di dalam badan.
0 comments:
Post a Comment